Monday, 21 October 2019

BBM3410Satu2019: Intagram Minggu 6

Hai semua. Hari ini saya akan bercerita sedikit sebanyak mengenai kisah minggu ni yakni minggu ke-6 kuliahIni merupakan gambar saya ketika membuat pembentangan dalam kelas Dr. Norazlina. Terinspirasi daripada kursus kahwin yang telah saya sertai beberapa minggu lalu, jadi kumpulan kami bersepakat untuk bercerita serba sedikit mengenai prosedur perkahwinan dalam Islam. Nampaknya, memang audiens tidak tidur semasa pembentangan kami. Biasalah, bab perkahwinan siapa yang tak suka kan. 😇

Gambar kedua ni sebenarnya diambil dari tingkat dua bangunan kolej 14 sebenarnya. Nampak kegigihan saya di situ untuk duduk di tebing bangunan kononnya mahukan gambar yang seperb. Tapi nampaknya mungkin angle tak menjadi. Ya, saya lebih takutkan prof daripada takutkan gayat. 😱

Monday, 7 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


ULASAN BLOG DALAM KELAS BAHASA

Bab ini membincangkan penggunaan blog yang mampu memberikan pelbagai faedah. Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) cabaran besar dihadapi oleh para pelajar bahasa kedua apabila mereka perlu membaca bahan dalam internet dalam mendapatkan maklumat yang baru. Hal ini sangat berkait rapat dengan penggunaan blog. Blog adalah satu medium perbincangan bertulis yang berbentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Terdapat pelbagai kegunaan blog seperti medium perniagaan, digunakan sebagai jurnal atau sebagai medium perkongsian ilmu pengetahuan yang dapat menghubungkan pelbagai pihak.

Selain itu, pelbagai kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa, blog dapat meningkatkan kualiti penulisan seseorang, penyusunan maklumat atau idea yang lebih teratur, mewujudkan komunikasi dua hala dan menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab terhadap sesuatu penulisan yang dihasilkan. Walaupun terdapat banyak blog yang menggunakan bahasa dan susunan ayat yang kurang sempurna, namun begitu, penggunaan blog juga mampu meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, pemilikian dan pembangunan. Terdapat perbezaan penggunaan bahasa antara lelaki dan perempuan dalam blog seperti yang dinyatakan oleh Zaini Amir et. al (2012). Perbezaan tersebut dapat dilihat melalui lima ciri bahasa iaitu unsur kesangatan, unsur penegasan, penambahan soalan, kata sifat ‘kosong’ dan kata keterangan. Akmaliah Abdul Rahim (2009) pula menyatakan bahawa perempuan lebih suka menulis blog berbanding lelaki.

Dalam pada itu, Normaliza Abd Rahim (2014) telah menggaris 10 cara menulis blog dengan baik iaitu tajuk dan cerita yang menarik yang boleh menarik perhatian serta hati pembaca, penggunaan unsur humour, penggunaan hujah terbaik dalam menyokong huraian, berkaitan dengan isu semasa, penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas, mudah dibaca serta difahami, mempunyai moral serta nilai estetika dan berilmu bagi penulisan pendidikan. Oleh itu, satu kajian blog terhadap 60 orang  pelajar Korea lelaki dan perempuan dari enam kelas bahasa Melayu telah dijalankan oleh Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017). Para pelajar ini mempunyai pengalaman dalam menulis blog.

Dapatan kajian mendapati bahawa, blog mampu memberikan kesan yang baik kepada para pelajar dalam pelbagai aspek. Dalam aspek kesusasteraan, para pelajar cenderung memilih salah satu bentuk kesusasteran yang mereka sukai seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Setiap jenis penulisan ini berkait rapat dengan tujuan penulisan para pelajar dalam blog. Pembelajaran bahasa juga dapat berlaku melalui penulisan surat, luahan perasaan dan pemikiran kritis daripada blog. Para pelajar juga dapat mempelajari kegunaan dan variasi teknologi kini dengan cara memasukkan audio, video dan gambar  dalam blog mereka. Secara kesimpulannya, penggunaan blog mampu membantu pelajar-pelajar Korea dalam mempelajari kesusasteraan, bahasa dan teknologi di samping meningkatkan motivasi serta keyakinan diri mereka untuk menulis.

Tuesday, 1 October 2019

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Prestige Production)


Assalamua'laikum dan salam sejahtera saya ucapkan. 

Bertemu lagi dalam penulisan saya mengenai asas fotografi over the shoulder. Asas fotografi over the shoulder merupakan sejenis gambar yang diambil dari sisi belakang satu subjek untuk memperlihatkan satu lagi sisi subjek lain. Hal ini bermakna, gambar over the shoulder akan memperlihatkan dua subjek yang berbeza dalam satu gambar. 

Contoh :



Gambar ini telah diambil di sekitar kawasan Kolej Sultan Alaeddin Suleman Syah di mana bahu tersebut merupakan milik Anira. Pada waktu ini, beliau sedang sedih mengenangkan rumah dan tidak mahu pulang ke kolej kediaman.

Gambar ini pula diambil di Bukit Ekspo, UPM yang memperlihatkan Amira seolah-olah memandang ke arah kolam di situ. Mungkin juga beliau sedang menunggu jodohnya tiba.

Gambar ini diambil di hadapan replika kereta kebal Kolej Sultan Alaeddin Suleman Shah. Bahu tersebut pula milik Sazlina yang bersemangat perwira kerana telah ditauliahkan sebagai salah seorang warga PALAPES di UPM.


Saya berharap ke semua penulisan saya mengenai enam asas fotografi dapat memberi manfaat kepada semua golongan pembaca. Sekian terima kasih. 

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Prestige Production)

Assalamua'laikum dan diharapkan anda tidak bosan dengan penulisan saya.

Kali ini, saya akan menerangkan mengenai asas fotografi bird's eye view. Sesungguhnya, gambar bird's eye view biasanya diambil dari sisi atas pemandangan.  Oleh sebab itu, ianya dipanggil bird's eye view yang diibaratkan seperti pemandangan dari sisi mata burung.

Contoh :


Gambar ini telah diambil oleh Hidayah dan Haniza di salah sebuah rumah pangsa yang bertempat di Cyberjaya. Pemandangan ini diambil pada waktu malam dan memperlihatkan cahaya-cahaya yang sangat cantik di bandar tersebut.




Gambar ini pula telah diambil dari tingkat 26 bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dari kejauhan, kita dapat melihat bangunan KLCC dan Menara Berkembar Petronas. Sungguh mengagumkan!


Gambar ini diambil di Colmar Tropical, Bukit Tinggi, Pahang. Suasana ini merupakan pemandangan dari atas bukit yang dipenuhi pohon-pohon hijau serta lereng bukit yang sangat tinggi.


Walaupun ketiga-tiga gambar ini kelihatan seperti sangat ringkas, namun begitu proses menangkap gambar-gambar ini memerlukan ketelitian yang tinggi serta kesabaran yang jitu.

BBM3410Satu2019: Medium Shot (Prestige Production)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera. 

Saya akan menerangkan mengenai asas fotografi medium shot. Medium shot merupakan gambar yang diambil dengan menunjukkan beberapa bahagian subjek dengan lebih terperinci. Teknik ini memperlihatkan subjek manusia dari paras kepala hingga pinggang sahaja serta memberi ruang dan peluang kepada subjek untuk membuat beberapa gaya.


Contoh medium shot manusia : 



Haniza kelihatan tersipu-sipu malu.


Ini gambar saya sendiri dan saya mencuba untuk menunjukkan gaya ala-ala tidak perasan gambar diambil.


Gambar Shahira yang segak bergaya dan manis orangnya.


Contoh medium shot manusia dan pemandangan :

Atikah kelihatan cantik dengan dikelilingi alam semula jadi di kiri dan kanannya.


Sekali lagi Atikah memberikan kerjasama yang baik dalam proses pengambilan gambar ini di Putrajaya.


Naizatul kelihatan bersahaja membelakangi tasik di Astaka Morocco, Putrajaya.


Keenam-enam gambar ini memang kelihatan cantik namun proses untuk menangkapnya memerlukan masa yang agak lama. Biasalah, kami semua tidak pandai namun melalui kelas ini, kami berjaya juga akhirnya. 

BBM3410Satu2019: Long Shot (Prestige Production)

Assalamua'laikum semua. 

Hai, kita bertemu lagi kita bagi menjelaskan teknik mengambil gambar long shot. Dalam hal ini, teknik long shot mencakup persekitaran yang luas bagi mendapatkan gambar objek-objek di sekitar objek utama. Objek utama yang menjadi fokus dalam potret long shot biasanya akan terlihat lebih kecil di samping mementingkan Rules of Third dan asas grafik yang betul agar gambar yang dihasilkan kelihatan lebih menarik.


Contoh gambar long shot pemandangan :

Gambar ini diambil di Astaka Morocco, Putrajaya yang berfokus kepada jeti yang kelhatan agak jauh di tepi tasik. Rumput dan pokok-pokok telah menjadikan gambar ini kelihatan seimbang dari segi Rules of Third di samping tasik dan awan yang kelihatan.

Ini merupakan gambar pemandangan yang telah diambil di Bukit Ekspo, UPM yang memberi fokus kepada gambar sebatang pohon tinggi. Gambar ini juga seimbang dari segi Rules of Third kerana diambil dari sudut bawah iaitu jalan tar dan terus memperlihatkan pohon-pohon kecil di sekelilingnya serta awan.

Gambar ini juga diambil di sekitar Bukit Ekspo yang berfokus kepada bangunan pusat beli belah IOI yang kelihatan jauh di samping bahagian kiri dan kanannya terdapat dua batang pohon yang memberi keseimbangan kepada gambar ini. Jika ini bersuka ria, bolehlah ke IOI ya.


Contoh long shot manusia dan pemandangan :

Gambar ini berfokus kepada dua orang manusia iaitu rakan saya sendiri yang kelihatan sangat kecil di satu sudut dalam gambar long shot ini. Saya tidak tahu apa yang mereka bualkan tetapi nampaknya  mereka seperti sedang berkongsi rahsia hati.

Pemandangan ini bertumpu kepada matahari terbenam di sebuah pantai. Menerusi gambar ini juga, kita dapat melihat kekuasaan Tuhan semesta alam seperti yang tercatat dalam surah Ali-Imran ayat 27.

(3:27) - Engkau menggantikan siang dengan malam dan Engkau menggantikan malam dengan siang. Engkau menerbitkan sesuatu yang hidup dari sesuatu yang kaku (mati) dan Engkau menerbitkan sesuatu yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau memberi rezeki tanpa berhitung kepada sesiapa sahaja yang Engkau mahu.

Gambar ini juga menunjukkan dua orang manusia yang kelihatan sangat jauh dan dikelilingi pohon-pohon yang menghijau. Salah seorang rakan saya itu mungkin sedang menari dan tidak tersedar bahawa gambarnya telah diambil. Tahniah kawan!


Secara keseluruhannya, gambar-gambar yang telah diambil ini berfokus kepada objek-objek yang berada agak jauh serta dimuatkan bersama pemandangan yang sangat cantik.




BBM3410Satu2019: Close-Up (Prestige Production)

Assalamua'laikum semua.

Hari ini saya akan memperlihatkan kepada semua, kemahiran yang dimiliki oleh ahli kumpulan saya dalam menyelesaikan tugasan Prof. Dr. Normaliza iaitu mengambil gambar mengikut asas grafik dan asas fotografi.

Close-up
Ciri-ciri bagi gambar close-up ialah gambar yang dipotret dari kepala hingga ke paras bahu. Gambar tersebut juga lebih berfokus kepada objek sasaran dan menjadikannya sebagai satu-satunya objek yang ada dalam gambar tersebut.

→ contoh bagi gambar close-up manusia :

Wajah manis Hidayah jelas terpancar dalam potret ini.

Ini gambar saya sendiri dan sebenarnya saya sedang menahan ketawa daripada terburai.

Wajah comel Atikah saling tak tumpah seperti wajah artis terkenal Malaysia.


→ Contoh bagi gambar close-up bukan manusia :


 Ini merupakan gambar minuman coconut shake yang telah dibeli di Sri Serdang. Jangan terliur pula ya. Boleh dapatkan minuman ini di kedai-kedai makan berhampiran anda.

Kucing Haniza ini sedang tidur dan tuannya berjaya mengambil gambar close-up tersebut dengan sangat cantik. Teknik  close-up ini berjaya menyembunyikan fizikal sebenar kucing ini yang gemuk dan tua.


Potret bunga ini telah diambil di Astaka Morocco, Putrajaya. Bagi sesiapa yang mencintai bunga-bungaan, bolehlah ke sana. P/S : Selepas gambar ini diambil, saya terus memetiknya dan meletakkannya di lipatan tudung saya seperti gadis Melayu dahulu kala.


Menerusi ketiga-tiga gambar yang dipaparkan, jelaslah bahawa teknik close-up ini bertumpu kepada wajah manusia atau bukan manusia yang diambil dengan jarak yang dekat. Hal ini dapat memperlihatkan rupa sebenar potret yang diambil tersebut dengan lebih baik.

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Prestige Production)


Assalamua'laikum semua.

Penulisan kali ini masih lagi dengan tujuan yang sama iaitu memberi penerangan mengenai asas fotografi iaitu mug shot. Mug shot merupakan satu teknik pengambilan gambar yang diambil dari hujung kepala hingga ke paras bahu sahaja. Mug shot juga lebih banyak digunakan dalam mengambil gambar-gambar penjenayah yang dikehendaki. Dalam penulisan kali ini, saya akan menunjukkan tiga gambar mug shot yang mempamerkan tiga jenis emosi daripada tiga orang yang berbeza.

Contoh :


Gambar ini menunjukkan gambar Anira yang sedang ketawa. Hal ini telah menunjukkan sisi sebenar tahap kegembiraannya yang melihat Akmal terjatuh.


Gambar Akmal pula memperlihatkan wajah yang agak kecewa kerana telah terjatuh di hadapan ramai gadis jelita lalu diketawakan oleh Anira.

Gambar Anitan pula menunjukkan wajah yang keliru. Saya mengandaikan bahawa Anira keliru dengan perbuatan Anira yang mentertawakan Akmal. Anita juga keliru bagaimana Akmal boleh terjatuh sedangkan tiada lopak air di tempat mereka berdiri. Sememangnya mereka berada dalam situasi yang sama. 


Ketiga-tiga gambar mug shot ini jelas mempamerkan tiga emosi yang berbeza. Gambar-gambar ini sesungguhnya bukanlah banduan yang sebenar-benarnya tetapi mereka adalah rakan-rakan saya. Sekian untuk penulisan kali ini bagi mug shot. InshaaAllah bertemu lagi dalam penulisan seterusnya.

BBM3410SATU: VLOG MAKANAN

Assalamualaikum semua. Aku nak cerita sikit mengenai kisah aku, Fatin dengan Qama pegi buat vlog makanan dekat Restoran Khadijah, Sri Serdan...