Hari ini saya akan memperlihatkan kepada semua, kemahiran yang dimiliki oleh ahli kumpulan saya dalam menyelesaikan tugasan Prof. Dr. Normaliza iaitu mengambil gambar mengikut asas grafik dan asas fotografi.
Close-up
Ciri-ciri bagi gambar close-up ialah gambar yang dipotret dari kepala hingga ke paras bahu. Gambar tersebut juga lebih berfokus kepada objek sasaran dan menjadikannya sebagai satu-satunya objek yang ada dalam gambar tersebut.
→ contoh bagi gambar close-up manusia :
Wajah manis Hidayah jelas terpancar dalam potret ini.
Ini gambar saya sendiri dan sebenarnya saya sedang menahan ketawa daripada terburai.
Wajah comel Atikah saling tak tumpah seperti wajah artis terkenal Malaysia.
→ Contoh bagi gambar close-up bukan manusia :
Ini merupakan gambar minuman coconut shake yang telah dibeli di Sri Serdang. Jangan terliur pula ya. Boleh dapatkan minuman ini di kedai-kedai makan berhampiran anda.
Kucing Haniza ini sedang tidur dan tuannya berjaya mengambil gambar close-up tersebut dengan sangat cantik. Teknik close-up ini berjaya menyembunyikan fizikal sebenar kucing ini yang gemuk dan tua.
Potret bunga ini telah diambil di Astaka Morocco, Putrajaya. Bagi sesiapa yang mencintai bunga-bungaan, bolehlah ke sana. P/S : Selepas gambar ini diambil, saya terus memetiknya dan meletakkannya di lipatan tudung saya seperti gadis Melayu dahulu kala.
Menerusi ketiga-tiga gambar yang dipaparkan, jelaslah bahawa teknik close-up ini bertumpu kepada wajah manusia atau bukan manusia yang diambil dengan jarak yang dekat. Hal ini dapat memperlihatkan rupa sebenar potret yang diambil tersebut dengan lebih baik.
No comments:
Post a Comment