Friday, 27 December 2019

BBM3410SATU: VLOG MAKANAN

Assalamualaikum semua. Aku nak cerita sikit mengenai kisah aku, Fatin dengan Qama pegi buat vlog makanan dekat Restoran Khadijah, Sri Serdang.

Ha, kedai ni memang murah tau maknan dia. Alkisahnya, mula-mula, aku tau pasla kedai ni pun lepas buat video 1 shot 3 layer lagu Saya Tahu dengan ahli kumpulan aku, Prestige Production. Kami buat video dalam kedai tu. Lepas buat video terus lah makan.

Jadinya, aku pun pilihlah restoran ni untuk vlog maknan pulak.. haha korang tengoklah.. https://youtu.be/CJsTTpMNLPo

Saturday, 21 December 2019

BBM3410SATU2019: Tempat

Assalamualaikum semua.

Harini aku nak senaraikan semua tempat yang aku dengan kawan-kawan sekumpulan aku pergi untuk buat videi dan ambil gambar sepanjang kelas Multimedia.

1. Kolej 12
2. Astaka Morocco, Putrajaya
3. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
4. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
5. Fakulti Sains
6. Dewan Besar, UPM
7. Restoran Khadijah, Sri Serdang
8. Lorong di Sri Serdang
9. Padang Kawad, UPM
10. Black Box Theater, FBMK
11. Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Monday, 16 December 2019

BBM3410SATU: KALENDAR

Assalamualaikum semua.

Ha, menjelang tahun 2020 yang bakal tiba tak lama lagi ni, aku nak share sikit mengenai kalendar yang aku berjaya hasilkan dalam kelas Multimedia dalam Bahasa melalui Photoshop. Mula-mula memang rasa susah nak buat. Dalam banyak-banyak editing software, Photoshop yang aku rasa susah. Kalau apps lain kan, senang ja aku godek. Tapi Photoshop ni aku jadi blur. Lama-lama bila dah reti, hai rasa seronoklah pulak ye buat kalendar ni.

Ni akulah sebagai pemilik kalendar hehehe

Muka depan kalendar


Januari lagi dah bodek Prof. hahaha

Februari

Mac

April

May

Jun

Julai

Ogos

September

Oktober

November

Disember


Cantik tak kalendar aku? Hahaha

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semester 7 ni memang sangat mencabar bagi aku. Mau taknya, dengan PITA lagi dan dalam masa yang sama, semester ni juga kami perlu mengambil kursus yang agak berat tugasannya iaitu Multimedia dalam Bahasa. Tetapi, apa yang berlaku sebenarnya di luar kawalan. Ada sebab kenapa Allah tetapkan macam ni. Ada sebab Allah plan macam ni. Kita tak tahu hikmah yang tersembunyi.



Sepanjang tujuh semester aku belajar subjek Multimedia dalam Bahasa dengan Prof. Normaliza, banyak benda yang aku belajar. Hari pertama kuliah lagi Prof. dah ajar untuk reda. Faham tak reda tu apa? Ha, dalam kelas ni lah aku baru faham reda tu apa. Kadang-kadang apa yang Tuhan tetapkan, kita rasa macam kita tak mampu nak hadapi sedangkan setiap ujian yang diberikan tu dah memang selayaknya dengan kekuatan kita. Jadinya, lebih baik reda kan.


Alkisahnya dari awal semester sampailah ke hujung semester, macam-macam benda kena buat dalam kelas ni. Ambil gambarlah, rakam videolah, buat blog, facebook, instagram, twitter lagi, siapkan kalendar lagi. Nak senaraikan semua malaslah. Tapi, semua yang dibuat ni mula-mula ada ugak aku merungut sebab penat. Tapi lama-lama dah terbiasa rasa okay ja. Best pun ada sebab daripada tak tahu, masuk kelas Prof. terus jadi tahu walaupun tak profesional kan. Basic pun jadilah.




Buat Prof., terima kasih sebab jadi pensyarah yang lawak dalam kelas haha. Sekurang-kurangnya Prof. mengajar kami untuk berdisiplin, menepati masa. Mau taknya, kalau ahli kumpulan seorang datang lambat atau tak datang, memang tak boleh buat pembentangan. Jadinya, secara tak langsung memang takda peluang nak ponteng kelas. Tapi kan, ada sorang pensyarah dulu cakap, 'gunakan hak memonteng 20% sebagai pelajar" hahahhaa. Aku tak boleh lupalah part ni. Tapi saya tak pernah ponteng tau kelas Prof. Betul tak tipu. Terima kasih jugak untuk Encik Akmal, tutor yang terbaik untuk kelas ni. Semoga dapat siapkan thesis cepat-cepat ye Encik Akmal.


Buat ahli kumpulan aku, Prestige Production, terima kasih untuk segalanya sepanjang 14 minggu kita berhempas pulas bersama. Maafkan segala salah silap yang pernah aku buat. Korang memang the best. Terima kasih sebab banyak membantu untuk setiap tugasan kita. Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan selama empat minggu yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Terima kasih, Allah.


BBM3410SATU: VIDEO 15 (One Shot Three Layer - SAYA TAHU)

Tarikh: 13 Disember 2019

Assalamua’laikum semua. Bertemu lagi dalam blok Irdina Ramzi!

Jadi, harini aku nak vceritakan sikit mengenai video one shot 3 layer lagu Prof. yang bertajuk Saya Tahu. Sebenarnya, dalam video kali ni, aku jadi penyanyi tau. Nak tau aku nyanyi macam mana, korang kena viewlah video kami. Nah link : https://youtu.be/aWSA5-fvdMs

Jangan lupa view, like dan subscribe ye.





Jadi penyanyi memang best tau. Tapi mencabar pun ada. Waalaupun lirik lagunya tak panjang pun. Mungkin nervous kut sampai aku asyik lupa je lirik. Sian kawan-kawan yang kena retake video. Kami buat video ni dekat Restoran Siti Khadijah dan lorong belakang kedai dekat dengan KFC Sri Serdang.



Lagu Prof. ni sebenarnya mengenai budak cacat atau lebih tepat lagi budak autisme. Masa mula-mula menghayati lagu tu kan, aku jadi sebaklah. Sebab lagu dia sedih. Nak nangis pulak rasa. Tapi, pengalaman menyanyi depan ramai orang dalam restoran tu memang terbaiklah. Sebab aku tak pernah buat benda gitu seumur hidup aku. Paling elok pun nanyi dalam tandas je feeling sorang-sorang. Kali ni, aku menyanyi depan pakcik-pakcik makcik-makcik yang aku tak kenal. Berlagak artis kejap hahaha. 


BBM3410SATU: VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)

Assalamua’laikum dan salam sejahtera.

LINK: https://youtu.be/SQWfoL_nUF4

Ha, harini aku nak cakap mengenai video seram dan tragedi. Kisahnya macam ni. Kumpulan aku haritu tanpa sengaja dah buat video tragedi melalui video fokus cota. Jadi, untuk video kali ni, kami just buatkan sekuel untuk video fokus haritu.




Video kali ni, aku bukan lagi cameragirl macam video fokus. Aku berubah jadi hantu pulak yang mengacau hidup penjenayah yang bunuh dalam video fokus. Kawan-kawan aku yang handle props ni pun make upkan lah hantu-hantu pakai bedak sejuk dan campuran tepung dengan sirap. Perh, macam zombie Kampung Pisang betul.





Scene aku mengacau orang ni masa dua orang penjenayah duduk dalam kereta. Jadinya, dengan bakat aku yang selalu tengok movie-movie seram ni, aku pun pusing-pusing sikit kepala aku dalam kereta tu sampa dua penjenayah tu terkejut. Bila tengok balik video scene aku tu, yes, aku sendiri takut.
Rasa takut dengan diri sendiri lah pulak. Mau taknye. Dengan muka penuh bedak and darah tiruan, kepala tutup dengan kain batik lepastu gelek-gelek kepala macam hantu lapar. Memang aku nyesal buat macam tu hahaha. Nak tengok rupa aku macam mana? Korang tengoklah video kami ye.



BBM3410SATU: VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)

Tarikh: 8 Disember 2019

LINK: https://youtu.be/4UTnZs73ZuM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dalam kelas baru-baru ni, Prof. ada ajar kami semua mengenai kerja sebagai copywriter. Oh, jadinya copywriter ni kerja da buat caption untuk iklan yang kita tengok kat tv, papan tanda lebuh raya tu. Jadinya, kami pun ditugaskan untuk buat copywrting untuk produk sabun pencuci pakaian. Kami 11 orang ni pun brainlah macam mana ye nak buat inovasi dan copywriting tu. Mencabar jugak. Tapi mula-mula, kami semua lukis dulu bentuk sabun idaman. Semuanya berbentuk pakaian ye. Dan sabun kami ni, khas untuk orang yang nak travel. Dan dia boleh digunakan berulang kali sampai habis. Dasyat kan. Kalau nak tau macam mana rupanya sabun kitorang, nah korang tengoklah video bawah ni. Kalau berminat, boleh PM ye. Hahaha.




BBM3410SATU: VIDEO 12 (VLOG TEMU BUAL PENSYARAH)

Tarikh: 14 Disember 2019

Assalamua’laikum dan salam sejahtera.
Harini, aku nak kongsikan mengenai satu wawancara yang kumpulan aku buat.

Wawancara ni sebenarnya mengenai penggunaan multimedia dalam pengajaran. Mulanya, kami pilih Datin Dr. Hasnah. Bila dah siap shot, balik bilik, tengok-tengok ada masalah teknikal yang tak boleh diampunkan. Jadi, kami decide untuk retake video ni. Nak dijadikan cerita, aku contact SV PITA aku merangkap ayah kesangan acewah untuk PITA lah. Aku minta kebenaran beliau untuk ditemubual. Nak tau sapa? Mestilah Prof. Madya Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz. Dr. Adi ni crush aku tau dari semester 2 lagi sejak dia mengajar subjek Fonetik dan Fonologi. Wah, nasib baik Dr. Adi on ja masa ditemubual.

Ni videonya. Korang tengoklah.



Best sebenarnya temubual Dr. Adi ni. Bilik dia luas, dan dia sanggup kemaskan buku-buku dia semata-mata untuk kami shooting. Buku-buku Dr. Adi memang banyak. Satu benda yang aku suka pasal Dr. Adi ni, dia lemah lembut. Maksud aku, tutur kata dia lembut, tak kasar. Bukan nak cakap Dr. lain tak lembut. Tapi entahlah, aura dia MashaaAllah hahaha. Jadi, lepas korang tengok video temubual tu, apa pendapat korang? Betul tak aku cakap Dr. Adi lemah lembut orangnya? Jawab…



BBM3410SATU: VIDEO 11 (VIDEO FOKUS)

Tarikh: 1 Disember 2019

Assalamualaikum semua. Harini aku nak cerita sikit pasal video fokus yang group aku siapkan. Kumpulan aku pilih cota sebagai benda yang nak difokuskan dalam video. Nak tau coti tu apa? Nah, view dulu video bawah ni..


Alkisahnya, kumpulan kami buat kisah pembunuhan yang menggunakan cota sebagai senjata membunuh. Dalam video ni, aku ditugaskan sebagai cameragirl. Jadinya, aku rakam dari permulaan sampai habis cerita. Yang menjadinya mayatnya 4 orang. Mula-mula kami rakam sebelah rumah Melayu dekat FBMK tu. Then, sebeah malam pulak kami beralih dekat pondok dekat kawasan kelas Falimbani.

Memang nicelah view dia. Sirap memang banyak digunakan sebagai darah. Bergelempangan member-member aku yang jadi mayat tidur atas kotak je. Kebetulan, Dr. Syahril ada. Dia pesan, jangan main-main sangat area pondok tu malam-malam sebab keras dan jadi laluan utama hantu-hantu. Arhhh.. Kitorang dah tak peduli. Kitorang shoot sampai siap then balik kolej masing –masing. Nak dijadikan cerita, salah sorang groupmate aku cakap, dia dengar bunyi suara budak nangis malam tu area kitorang shoot. Nah, meremang bulu roma aku.


Apa pendapat korang? Pernah nampak ha nun ta wau ke? Hehehe.


BBM3410SATU: VIDEO 10 (VLG KONVOKESYEN UPM 2019)

Tarikh: 24 November 2019

Hai semua. Nah, view dulu video bawah ni…


Okay, setelah berminggu group kami puas menari dalam video one shoot, jadinya kali ni kami ditugaskan pulak untuk record video vlog konvokesyen di UPM. Alkisahnya, aku dengan Dayah volunteer nak ambilkan video untuk part opening video. Nama ja opening tapi bukan senang tau nak buat. Jadinya, kitorang pinjam moto Nurul (classmate). Pagi-pagi hari lagi, kitorang berdua dah mula shooting. Yang tukang bawak motonya Dayah. Aku duduk belakang sambil rakam video, sambil bercakap untuk video. Kami shoot dari kawasan pintu gerbang dekat dengan stadium UPM, menuju ke kawasan kolej serumpun sampailah masuk dalam FBMK.


Masa Dayah tengah bawak moto dekat kawasan pintu gerbang tu kan, aku dah ketar-ketar atas moto pegang kamera fon. Mau tak ketarnya bila naik bonggol sebelah pondok gat. Dah tu, aku dah tak kisahkan orang nak mengata aku bahayakan diri sendiri sebab pegang fon atas moto. Kau tau tak bahaya? Hahaha. Kami pun lalulah jalan yang dekat dengan bangunan TNCPI tu. Kebetulan, Dayah bawak moto tengah jalan then slow pulak tu. Ha eloklah dengan aku pegang fon waktu tu. Memang kena honlah cerita dia. Malu betul. Tapi apa2 pun, memang seronoklah sebab dapat jadi cameragirl. Salah sorang pelajar yang groupmate aku temubual ialah Encik Akmal, tutor kelas Multimedia kami. So, enjoylah tengok video kami ni.



BBM3410Satu: Video 9 (One Shot 3 Layer)

Tarikh: 21 November 2019

Assalamua’laikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya nak kongsikan kepada anda semua mengenai video one shot three layer. Nah, tekan link bawah ni.


Sebenarnya, apa ciri-ciri video one shot three layer? Ha, video one shot three layer lebih kurang sama ja cirinya dengan video one shot one layer dan one shot two layer. Yang bezanya. video one shot three layer ni ada background yang nice sikit. Contohnya, layer pertama, penyanyi tengah menyanyi. Layer kedua pulak, pelakon tengah berlakon depends on lagu then layer ketiga pulak, ada orang yang tak terlibat secara langsung, lalu lalang dalam video yang tengah dirakam.

Layer ketiga ni boleh jadi burung terbang ke, daun pokok goyang kena tiup angin ke, pakcik sapu sampah tiba-tiba menyapu masuk video ke, tak kisahlah asalkan layer ketiga ni secara tak sengaja ja dia masuk video. Itu lah bezanya. Jadinya, alkisahnya, group kami ni kena buat video one shot three layer. Kami pun pilihlah lagu Pematah Hati, nyanyian Nabila Razali. Dalam video ni, saya jadi perempuan yang dicurangi oucchhh. Ye lah, saya jadi layer kedua.


Korang nak tahu kat mana kitorang shoot? Ha, kitorang shoot tengah-tengah alam fakulti ekonomi yang jadi laluan daripada kedai printing bawah tangga ke kafe fakulti ekonomi. Orang lalu lalang yang jadi layer ketiga tu jangan cakaplah. Memang terbaik siap ada student foreign angkat tangan simbol good lagi. Kan dia dah masuk dalam video. Bolehlah tu. Bukan senang tau nak dapat third layer macam tu. Tapi malu tu kau jangan tanya la. Malu-malu pun best.




BBM3410SATU: VLOG MAKANAN

Assalamualaikum semua. Aku nak cerita sikit mengenai kisah aku, Fatin dengan Qama pegi buat vlog makanan dekat Restoran Khadijah, Sri Serdan...