Monday, 16 December 2019

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semester 7 ni memang sangat mencabar bagi aku. Mau taknya, dengan PITA lagi dan dalam masa yang sama, semester ni juga kami perlu mengambil kursus yang agak berat tugasannya iaitu Multimedia dalam Bahasa. Tetapi, apa yang berlaku sebenarnya di luar kawalan. Ada sebab kenapa Allah tetapkan macam ni. Ada sebab Allah plan macam ni. Kita tak tahu hikmah yang tersembunyi.



Sepanjang tujuh semester aku belajar subjek Multimedia dalam Bahasa dengan Prof. Normaliza, banyak benda yang aku belajar. Hari pertama kuliah lagi Prof. dah ajar untuk reda. Faham tak reda tu apa? Ha, dalam kelas ni lah aku baru faham reda tu apa. Kadang-kadang apa yang Tuhan tetapkan, kita rasa macam kita tak mampu nak hadapi sedangkan setiap ujian yang diberikan tu dah memang selayaknya dengan kekuatan kita. Jadinya, lebih baik reda kan.


Alkisahnya dari awal semester sampailah ke hujung semester, macam-macam benda kena buat dalam kelas ni. Ambil gambarlah, rakam videolah, buat blog, facebook, instagram, twitter lagi, siapkan kalendar lagi. Nak senaraikan semua malaslah. Tapi, semua yang dibuat ni mula-mula ada ugak aku merungut sebab penat. Tapi lama-lama dah terbiasa rasa okay ja. Best pun ada sebab daripada tak tahu, masuk kelas Prof. terus jadi tahu walaupun tak profesional kan. Basic pun jadilah.




Buat Prof., terima kasih sebab jadi pensyarah yang lawak dalam kelas haha. Sekurang-kurangnya Prof. mengajar kami untuk berdisiplin, menepati masa. Mau taknya, kalau ahli kumpulan seorang datang lambat atau tak datang, memang tak boleh buat pembentangan. Jadinya, secara tak langsung memang takda peluang nak ponteng kelas. Tapi kan, ada sorang pensyarah dulu cakap, 'gunakan hak memonteng 20% sebagai pelajar" hahahhaa. Aku tak boleh lupalah part ni. Tapi saya tak pernah ponteng tau kelas Prof. Betul tak tipu. Terima kasih jugak untuk Encik Akmal, tutor yang terbaik untuk kelas ni. Semoga dapat siapkan thesis cepat-cepat ye Encik Akmal.


Buat ahli kumpulan aku, Prestige Production, terima kasih untuk segalanya sepanjang 14 minggu kita berhempas pulas bersama. Maafkan segala salah silap yang pernah aku buat. Korang memang the best. Terima kasih sebab banyak membantu untuk setiap tugasan kita. Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan selama empat minggu yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Terima kasih, Allah.


No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU: VLOG MAKANAN

Assalamualaikum semua. Aku nak cerita sikit mengenai kisah aku, Fatin dengan Qama pegi buat vlog makanan dekat Restoran Khadijah, Sri Serdan...