Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini saya akan kongsikan kepada anda semua mengenai ulasan sebuah buku yang bertajuk Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Buku ini mengandungi tujuh bab. Bab satu buku ini telah menyatakan mengenai definisi wacana dengan merujuk kepada wacana berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Berdasarkan bab teori dan pendekatan wacana pula, buku ini telah menyatakan lima teori yang sangat sinonim dalm penggunaan wacana iaitu teori wacana Brown & Yule (1983), Stubbs (1983), vanDjik (1977), Normaliza Abd Rahim (2018) dan pendekatan Normaliza Abd Rahim (2018). Dalam hal ini, pemilihan teori yang ingin diaplikasikan dalam sesuah kajian itu amat penting bagi menjamin kesahihan data yang diperoleh. Terdapat tiga kajian analisis wacana yang telah dinyatakan dalam bab tiga buku ini iaitu meliputi lirik lagu, cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autism. Kajian-kajian ini bertumpu kepada nilai sosial yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan keperibadian yang mulia.
Seterusnya, bab empat buku ini pula bertumpu kepada strategi komunikasi yang bertunjangkan kepada pendapat-pendapat tokoh seperti Selinker (1972). Dalam hal ini, strategi komunikasi digunakan bertujuan dalam pembentukan sahsiah diri seseorang ketika menyampaikan maklumat. Strategi komunikasi ini turut dibahaskan dalam bab lima buku ini melalui taksonomi pendekatan strategi komunikasi. Satu kajian telah dilakukan dalam menambahbaik empat strategi komunikasi yang sedia ada melalui pendekatan Strategi Komunikasi oleh Normaliza Abd Rahim (2018e). Di samping itu, satu kajian telah dilaksanakan mengenai komunikasi dalam kalangan kanak-kanak yang telah dinyatakan dalam bab enam yang bertujuaan untuk menganalisis strategi yang digunakan oleh kanak-kanak ketika berkomunikasi melalui perbincangan kumpulan. Bab tujuh buku ini pula mengenai cadangan kajian akan datang yang boleh dilakukan berkaitan kajian wacana dan strategi komunikasi. Antara kajian yang dicadangkan ialah mengenai bahasa isyarat, bahan bercetak serta bahan elektronik dan media sosial. Secara keseluruhannya, buku ini amat sesuai dalam menjalankan kajian mengenai strategi berkomunikasi. Hal ini demikian kerana, penggunaan strategi komunikasi dan wacana yang baik dapat menghasilkan budaya berkomunikasi yang unggul.
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
BUKU: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi
HARGA: RM 20
#ProfDrNSatu2019
#BBM3410Satu2019
#Minggu11KelasAmali
#26November2019
No comments:
Post a Comment