Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya akan membuat ulasan bagi
sebuah buku yang bertajuk Eh Media Sosial. Buku ini mengandungi 8 bab yang
berkaitan dengan media sosial. Bab pertama buku ini mengenai pengenalan terhadap
media sosial yang merangkumi kegunaannya dalam kehidupan seharian manakala bab
2 buku ini mengenai twitter iaitu sebuah platform komunikasi yang sering
digunakan oleh generasi muda masa kini yang mudah digunakan, lebih efisyen dan
menyediakan maklumat terkini kepada masyarakat. Dalam pada itu, media sosial
seperti facebook pula telah dibincangkan dalam bab 3 mengenai kegunaannya
sebagai platform perbincangan yang berkaitan aktiviti pelajar dan lebih
berfokus kepada kemahiran membaca dan menulis. Penggunaaan instagram juga
menjadi satu keperluan bagi masyarakat kini yang telah dibincangkan dalam bab 4
buku ini. Penggunaan instagram sessungguhnya dapat membuka peluang kepada
masyarakat untuk berkongsi rutin harian mereka di samping menyebarkan ilmu atau
maklumat yang mereka peroleh dengan lebih mudah.
Selain itu, penggunaan email juga sangat
berguna dalam memudahkan urusan komunikasi dalam masyarakat. Hal ini demikian
kerana, penggunaaan email yang diterangkan dalam bab 5 dapat memberi peluang
kepada masyarakat untuk menghantar pesanan dengan lebih mudah di mana-mana
sahaja mereka berada. Maklumat yang ingin dihantar juga boleh dalam pelbagai
bentuk. Namun begitu, penggunaan blog juga tidak kurang kelebihannya dalam
menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan seperti yang diterangkan dalam bab
6. Penggunaan blog sememangnya dapat membantu masyarakat dalam mempelajari ilmu
sastera, bahasa dan teknologi. Kesemua jenis media sosial iaitu twitter,
facebook, instagram, email dan blog ini juga telah diterangkan cara
penggunaannya dalam buku ini. Di samping itu, buku ini turut menerangkan
isu-isu yang berkaitan jaringan sosial dalam kalangan penggunanya dalam bab 7
dan implikasi pedagogi penggunaan media sosial dalam pengajaran menerusi bab 8.
Secara keseluruhannya, buku ini amat bermanfaat dalam memberi penerangan yang
lebih lanjut mengenai media sosial yang popular dalam kalangan masyarakat di
samping menyenaraikan cara terbaik penggunaan media sosial dalam menyampaikan
maklumat yang bermanfaat.
RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017).
Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
Penulis: Prof. Dr. Noraien Mansor dan Prof.
Dr. Normaliza Abd Rahim
Harga: RM60
Gambar di bawah ni merupakan posting saya di laman sosial instagram, facebook dan twitter.
Gambar di bawah ni merupakan posting saya di laman sosial instagram, facebook dan twitter.
No comments:
Post a Comment