Bismillahirrahmanirrahim
Assalamua'laikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya akan kongsikan dua tip untuk belajar dengan lebih mudah. Sebenarnya, tips ini merupakan amalan yang saya lakukan sedari di bangku sekolah lagi. Tip yang pertama ialah membuat akronim bagi fakta-fakta yang sukar untuk diingati. Cara ini sangat berkesan dalam memendekkan ayat sesebuah nota serta memudahkan proses menghafal. Contohnya, anda ingin menghafal warna pelangi :
JINGGA - JENIN
KUNING - KENA
HIJAU - HALAU
BIRU - BALIK
INDIGO - INDIA
UNGU - UTARA
Akronim yang dihasilkan akan menjadi lebih menarik dan kelakar. Hal ini demikian kerana, manusia lebih cenderung untuk mengingati perkara yang dicipta sendiri apatah lagi sekiranya perkara tersebut kelakar atau merepek, sudah pasti hal tersebut akan sentiasa dalam ingatan.
Selain itu, anda juga boleh menaip kembali fakta yang dihafal ke dalam telefon pintar anda. Ingatan anda terhadap sesuatu fakta akan menjadi lebih kuat sekiranya fakta tersebut ditaip berulang-ulang kali. Telefon pintar juga merupakan satu keperluan bagi manusia masa kini. Sudah tentu telefon pintar akan dibawa kemana-mana sahaja dan anda boleh merujuk kembali nota atau fakta yang ditaip tersebut walau di mana anda berada.
Sekian sahaja dua tip belajar dengan mudah dari saya. Semoga anda dipermudahkan jalan untuk menuntut ilmu di jalan Tuhan.
No comments:
Post a Comment