Monday, 30 September 2019

BBM3410Satu2019 : SUATU KETIKA

Hai semua. Saya akan ceritakan mengenai keluarga saya yang saya hargai.

     Kisahnya bermula apabila bapa saya iaitu Encik Mahamad Ramzi bin Ahmad telah melamar seorang wanita yang kecil molek lagi cantik rupanya yakni ibu saya yang bernama Normah binti Mohamed Nor. Mereka telah berkahwin pada tahun 1994. Dua tahun kemudian, saya telah dilahirkan di Kulim, Kedah. Secara ringkasannya, saya mempunyai lima orang adik beradik termasuk diri saya. Adik lelaki saya bernama Muhamad Danial yang kini berusia 19 tahun sedang menjalani latihan polis di PULAPOL, Kuching, Sarawak. Tiga lagi adik saya masih lagi bersekolah, bernama Nur Irsalina, Nur Iryana dan Nur Irdalyna, masing-masing berumur 16, 13 dan 9 tahun. 


     Bapa saya sangat gemar untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian, menyidai pakaian bahkan mengutip pakaian juga beliau gagahkan. Beliau juga mahir dalam kerja-kerja membaiki. Ibu saya pula sangat bijak dalam aktiviti membaiki sesuatu yang rosak terutamanya sekali dalam kerja-kerja perpaipan. Ibu saya ibarat wanita besi yang mampu membayangkan struktur susunan dan pemasangan paip dengan baik. Oleh itu, kedua-dua ibu dan bapa saya sangat saling melengkapi. Mereka juga sangat penyayang dan sering berugurau senda bersama anak-anak. Kami sekeluarga sering mengamalkan 'duduk dan makan bersama' setiap hari. Oleh itu, ibu bapa akan lebih mengetahui akan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka melalui pendekatan tersebut di samping lemah lembutnya didikan mereka terhadap saya dan adik beradik saya.


     Kami sekeluarga gemar untuk berkelah pada hujung minggu. Kami juga suka untuk menonton perlawanan bola sepak bersama-sama. Apabila perlawanan tersebut merupakan perlawanan antara pasukan Kedah dan Perak, secara automatiknya, ahli keluarga saya akan menjadi dua pasukan. Hal ini demikian kerana, bapa, saya dan dua adik saya telah dilahirkan di Kedah namun begitu ibu dan dua lagi adik saya dilahirkan di Perak. Oleh itu, kami akan menyokong pasukan masing-masibng sehingga tamat perlawanan tersebut. Namun begitu, hal ini tidak pernah menimbulkan pergaduhan antara kami. 

Sekian sahaja kisah bahagia keluarga Ramzi yang hanya setitis dari selaut yang saya ceritakan kepada anda. Jika ingin tahu lagi, datanglah ke rumah saya. :D

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU: VLOG MAKANAN

Assalamualaikum semua. Aku nak cerita sikit mengenai kisah aku, Fatin dengan Qama pegi buat vlog makanan dekat Restoran Khadijah, Sri Serdan...