Monday, 23 September 2019

BBM3410sATU2019 : Masih Di Sini

Saya mempunyai sebuah cerita yang tidak dilupakan apabila saya telah menyertai Kem Pemantapan Organisasi di Sungai Congkak dua tahun yang lalu. Pelbagai peristiwa suka dan duka yang telah kami lalui antaranya ketika menyediakan cendol buatan sendiri dengan hanya dibekalkan sebiji kelapa yang belum dikupas, sebungkus cendol dan gula melaka. Kami tidak dapat membayangkan proses pembuatan cendol tersebut yang agak menggelikan kerana kami terpaksa menggunakan peralatan yang ada di sekeliling kami sahaja. Kami juga telah didenda berulang-ulang kali iaitu dipaksa berendam di dalam sungai yang sejuk pada pukul 3 pagi sehingga ada di anatara kami yang jatuh sakit. Walaupun bagaimanapun, hal tersebut tidak mematahkan semangat kami untuk terus kuat di samping menjadi seorang pemimpin yang bersabar dengan dugaan yang bakal dihadapi dalam organisasi Majlis Tertinggi Mahasiswa. Menjadi seorang MTM Jemaah Blok dan Kebajikan banyak mengajar saya erti pengorbanan, kesabaran, bertanggungjawab dan setiakawan. Hal tersebut telah saya lalui sepanjang setahun saya berkhidmat untuk Kolej 15 yang tercinta. Walaupun Kolej 15 tidak lagi menjadi sebuah nama di UPM, nama begitu, nama Kolej 15 akan tetap saya ingati selamanya. Bersetia Berbakti, Kolej 15!

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU: VLOG MAKANAN

Assalamualaikum semua. Aku nak cerita sikit mengenai kisah aku, Fatin dengan Qama pegi buat vlog makanan dekat Restoran Khadijah, Sri Serdan...