Saturday 14 December 2019

BBM3410Satu2019: Minggu 4 Kelas Amali

Tarikh: 10 Oktober 2019

Hai. Saya nak kongsikan sedikit tips untuk mudah belajar. Ada dua tips yang saya sealu amalkan. Saya bukan share tips yang saya tak amalkan ye. Ni memang amalan saya iaitu membuat akronim bagi fakta-fakta yang sukar diingati dan menaip kembali fakta yang dihafal ke dalam telefon.

Sebenarnya kan, saya memang suka cipta akronim dari zaman sekolah rendah lagi. Bukan apa, benda-benda ciptaan sendiri yang merepek ni lah yang kita senang ingat. Betul tak? Jadi apa salahnya terapkan habit suka merepek tu dalam pembelajaran. Buat akronim yang mudah kita ingat. Satu lagi, bila hafal sesuatu fakta, saya suka taip balik apa yang saya hafal dalam telefon. Alah, korang buatlah group whatsapp yang ada korang je dalam tu. Taip banyak-banyak kali. mesti korang akan ingat. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU: VLOG MAKANAN

Assalamualaikum semua. Aku nak cerita sikit mengenai kisah aku, Fatin dengan Qama pegi buat vlog makanan dekat Restoran Khadijah, Sri Serdan...