Assalamualaikum.
Saya Nur Irdina bt. Mahamad Ramzi bernombor matrik 187422. Saya mengambil bidang Bachelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di Universiti Putra Malaysia. Saya berasal dari Kedah namun begitu saya tinggal di Perak. Saya merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Saya sangat menyukai Kolej 15 memandangkan saya tinggal di sana sejak semester pertama. Walaubagaimanapun, Kolej 15 hanya tinggal kenangan kerana sudah ditukar menjadi Kolej 12.
Selain itu, saya suka melukis dan pernah mengambil tempahan lukisan bagi buku teks untuk terbitan UPM Press. Selain dikatakan seorang yang pendiam, saya juga sering diberi jolokan sebagai seorang yang garang namun begitu, rakan-rakan saya lebih mengenali perwatakan saya yang lebih periang. Jika diberikan peluang untuk menunaikan satu impian, saya berharap agar saya dapat membahagiakan semua manusia yang saya kenali walaupun hal tersebut agak sukar dituruti.
23 tahun umur yang saya tempuhi banyak mengajar saya mengenai erti pengorbanan. Jika menuntut ilmu itu satu pengorbanan, bagi saya menuntut ilmu juga satu pelaburan bagi masa hadapan. Semoga tujuh semester yang bakal berakhir ini dapat memberikan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sekian dari saya.
No comments:
Post a Comment